Friday, 3 January 2014

KONTROVERSI ARTIS SELEBRITI DUNIA HIBURAN 2013.

// // Leave a Comment


Kontroversi Artis Selebriti Dunia Hiburan 2013. | Kontroversi dalam dunia hiburan, satu perkara yang tidak boleh dipisahkan. Mari kita imbas kisah-kisah kontroversi terpilih sepanjang 2013. Mudah-mudahan kalendar baharu yang akan membuka tirainya Rabu ini akan membawa cerita-cerita lebih bermakna dalam mengangkat kehidupan dunia artis.

Tersingkirnya Uji Rashid

Awal tahun dimulakan dengan kontroversi pemilihan penyanyi untuk lagu Terukir Di Bintang ketika Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) apabila penyanyi asal, Yuna tidak dapat pulang ke tanah air kerana menyiapkan rakaman album di Amerika Syarikat. Uji Rashid terpaksa digantikan dengan Aizat oleh pihak TV3.


Sharnaaz dan Shila Amzah

Hancurnya mahligai cinta Sharnaaz Ahmad & Shila Amzah. Pada 10 Januari 2013, pelakon Sharnaaz Ahmad secara terbuka mengakui dia mengongkong penyanyi Shila Amzah kerana melihat hubungan mereka itu sebagai sesuatu yang serius selain mahu meletakkan wanita tersebut sebagai bakal isterinya. Pada 14 Februari 2013 hubungan percintaan yang cuba dipertahankan oleh Shila dan Sharnaaz sudah tamat. 


Fizz Fairuz

Isteri orang bukan jodoh Fizz Fairuz. Sebab itulah pertunangan atau perkahwinan perlu dihebohkan. Jika tidak, inilah yang berlaku. Pada 10 Februari, Fizz Fairuz yang hangat bercinta dengan Almy Nadia mengejutkan ramai pihak apabila dia telah bertunang dengan seorang wanita iaitu isteri orang berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang secara rahsia. 


Ini paling Kontroversi Artis Selebriti Dunia Hiburan 2013.

Maznah Zolkifli

Maznah Zolkifli Didakwa Punca Perceraian Noniswara. Industri hiburan telah digemparkan dengan kisah perceraian di antara pelakon Noniswara dengan suaminya, Datuk Rosman Ridzwan pada 30 April 2013. Lebih panas apabila Noniswara secara terbuka mendedahkan penceraiannya adalah disebabkan orang ketiga iaitu teman rapatnya sendiri iaitu Maznah Zolkifli. Bagaimanapun Maznah menafikan dakwaan tersebut.


Sharifah Sakinah

Kata-kata lucah Sharifah Sakinah. Pelakon muda ini pada 10 Mei 2013 menimbulkan kontroversi apabila dia telah memuat naik video dengan kata-kata lucah menerusi laman sosial Keek milik aktres Anzalna. Video tersebut mendapat reaksi negatif daripada semua pihak yang menganggap pelakon itu tidak mempunyai adab. Sebelum itu Sakinah juga pernah memuat naik videonya di Keek dengan tajuk ‘Saya Sebenarnya Pondan’.


Afiq Muiz dan ibunya Hasliza

Afiq Muiz digelar si Tanggang. Anda pernah melihat filem Si Tanggang kisah anak yang menderhaka kepada ibunya selepas menjadi kaya? Kisah cerita itu turut dikaitkan dengan Afiq Muiz apabila pelakon ini dikatakan menderhaka kepada ibunya Hasliza. Kisah ini menjadi Kontroversi Artis Selebriti Dunia Hiburan 2013.


Shahrizal Jazle

Shahrizal Jaszle putus tunang kerana khalwat. Pada 17 Mei 2013, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesahkan bahawa Shahrizal Jaszle yang telah bertunangan dengan Redzwani Puteri pada akhir tahun lalu telah ditangkap khalwat di sebuah apartmen di ibu kota dengan wanita lain. Tidak lama selepas itu, Shahrizal bersyukur apabila keluarga tunangnya sudah menerimanya kembali pada pertemuan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.


Ashraf Muslim dan Wan Sakinah

Ashraf Muslim tambah satu lagi. Perkahwinan buat kali kedua pelakon Ashraf Muslim dengan bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai 2013 benar-benar mengejutkan industri seni lebih-lebih lagi perkahwinan pertamanya dengan Noor Dayana Lokman baharu mencecah usia tiga tahun.


Aeril Zafrel dan Wawa Zainal

Kahwin sorok-sorok Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak menjadi. Pada 11 Oktober 2013 Aeril Zafrel mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri. Mereka memberitahu telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.


Nooraida dan Adi Putra

Gambar ‘seksi’ Adi Putra gegarkan ‘Malaya’. Pada September lalu Adi Putra didakwa menjalinkan skandal dengan seorang wanita bernama Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita itu, Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan. Ini sememangnya Kontroversi Artis Selebriti Dunia Hiburan 2013.


Lana Nordin dan Johan As’ari

Hangat-hangat tahi ayam, Johan As’ari & Lana Nordin. Apa ni Johan? Bercinta ‘seminit’ kemudian putus? Itulah kontroversi yang tidak habis-habis dilakukan Johan As’ari. Sebelum ini Johan dikaitkan dengan Nabila Huda, akhirnya putus jua. Tidak lama kemudian dia merapati Shila Amzah dah akhirnya Lana Nordin. Tapi sayang, ia tidak kekal lama. Itulah semua Kontroversi Artis Selebriti Dunia Hiburan 2013.

Sumber

0 comments:

Post a Comment