Tuesday, 7 January 2014

Kenapa Shila Amzah Mengamuk di Instagram.. [GAMBAR]

// // Leave a Comment


Penyanyi berbakat besar dan cantik, Shila Amzah ‘meletup’ dan mengamuk kerana sebuah akaun palsu di laman Facebook yang memuatnaik gambar dirinya mengenakan pakaian pengantin dengan status berkahwin sehingga menimbulkan pelbagai reaksi mengelirukan daripada para peminatnya.

Sebelum ini, kewujudan akaun Facebook palsu tersebut tidak diendahkan olehnya namun Shila menyifatkannya sebagai melampau selepas gambar tersebut dimuat naik dengan ayat “berkahwin”.


Rata-rata peminat terus menuduh penyanyi berkenaan, yang kini menetap di Shanghai itu sengaja mencetuskan kontroversi murahan terutama selepas kisah cinta tidak berbalasnya dengan Johan Asaari menjadi topik hangat baru-baru ini.

Namun, Shila Amzah menerusi akaun Instagramnya menjelaskan bahawa dirinya masih belum berkahwin dan tidak pernah bertindak untuk menimbulkan kontroversi ataupun gossip.

Atas sebab itu Shila merasa sangat geram dengan perbuatan melampau itu. Dia juga memaklumkan bahawa perkara tersebut akan di siasat secara terperinci malah tidak akan melepaskan sesiapa pun yang terlibat.

“Semua ini melampau sangat. Saya tidak berkahwin lagi dan Sha tidak pernah timbulkan kontroversi murahan sebegini. Akaun Facebook ini sangat melampau, boleh berhenti tak ya? Dah lah ramai yang ‘like page’ penipu ini.

“Sha akan cari siapa pemilik akaun ini sampai dapat, sila sebarkan mesej ini,” katanya.

Untuk makluman, gambar Shila Amzah yang kelihatan cantik mengenakan gaun pengantin pada malam tahun baru itu adalah untuk terlibat dengan persembahan di OrientalTV New Year Eve Countdown Concert yang memerlukannya berpakaian sebegitu demi mengikut tema perkahwinan yang ditetapkan.

Pada malam konsert tersebut, Shila telah menyampaikan lagu romantis, A Moment Like This dan sebuah lagu lagi berjudul HaoJiubujian merupakan persembahan duetnya bersama James dari Chinese Idol.

Sumber

0 comments:

Post a Comment