Friday, 17 January 2014

KEJAM!! Suami Sembelih Isteri Angkara Cemburu..

// // Leave a Comment
Bunuh diri




MIRI: Angkara cemburu, seorang buruh ladang warga asing dipercayai bertindak nekad mengelar isterinya sehingga mati menggunakan badik dalam kejadian yang berlaku awal pagi semalam di sebuah kuarters pekerja ladang sawit di Kuala Suai, kira-kira 200 kilometer dari Miri.

Setelah mengelar isteri, suami terbabit yang dikenali sebagai Tompok Nyara, 39, dipercayai turut bertindak mengelar lehernya sendiri menggunakan pisau kecil tersebut sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan parah.

Manakala, mangsa yang dikenali sebagai Salasiah Janar, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius di bahagian leher dan tengkuk.

Kejadian itu hanya disedari sekitar jam 2 pagi semalam oleh seorang adik lelaki mangsa, Agus Janar, berusia lingkungan 20-an yang tiba-tiba terjaga dari tidur setelah terdengar suara kakaknya menjerit meminta tolong dari bilik tidur.

Menurut Agus, kuarters itu didiami enam penghuni terdiri daripada dua pasangan suami isteri termasuk kakaknya dan suami serta dia dan seorang lagi adik lelaki.

“Semasa sedang tidur, tiba-tiba saya terbangun setelah terdengar suara kakak menjerit meminta tolong sambil memberitahu ‘Mati!’ dari dalam bilik tidur.

“Saya yang ketika itu tidur di ruang tamu bersama adik, bingkas bangun lalu menuju ke arah bilik tidur kakak, apabila tiba-tiba ternampak darah mengalir keluar dari bawah pintu bilik tersebut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Agus yang mengesyaki sesuatu buruk berlaku, segera memaklumkan perkara itu kepada seorang mandur, Hendra Jumalon, 35, yang tinggal di kuarters berhampiran.

Setelah itu, mereka bergegas semula ke tempat kejadian dan sebaik berjaya membuka pintu bilik yang dikunci dari dalam, mereka ternampak pasangan suami isteri itu terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan dipercayai telah meninggal dunia.

Serentak itu, sekitar jam 4 pagi, Hendra terus menghubungi Balai Polis Batu Niah untuk memaklumkan tentang insiden tersebut.




Polis Miri yang tiba di tempat kejadian sekitar jam 10 pagi, mendapati Tompok masih bernyawa dan dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk mendapat rawatan kecemasan.

Sementara itu, polis yang membuat pemeriksaan lanjut di tempat kejadian menemui dan merampas dua bilah badik dipercayai telah digunakan suami terbabit mengelar isterinya.

Menurut sumber, suami terbabit dipercayai bertindak sedemikian kerana cemburu setelah mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pekerja di ladang tersebut.

Difahamkan, pasangan terbabit yang berketurunan Bugis dan berasal dari Makasar, Indonesia telah bekerja di ladang berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat dan tiba di sini sekitar jam 3 petang.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan kes tersebut.

Katanya, kes diklasifikasi sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

“Polis akan menjalankan siasatan terperinci dari segenap aspek untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut,” katanya.

Sumber: theborneopost.com

0 comments:

Post a Comment