Saturday, 11 January 2014

KAUM TERPENCIL PALING BAHAYA DI DUNIA..

// // Leave a Comment


Kaum Sintinel Paling Berbahaya Tinggal di Pulau Paling Terpencil Didunia | Suku Sentinel menduduki sebuah pulau di bahagian kepulauan Andaman dan Nicobar , Teluk Bengal , sempadan negara Myanmar dan Indonesia . Kemungkinan mereka adalah suku keturunan Afrika yang telah mendiami pulau kecil tersebut semenjak 60 ribu tahun yang lalu . Dianggarkan ada 40 - 500 orang di dalam suku Sentinel .

Manusia baru mula menyedari kehadiran suku Sentinel ketika bencana tsunami 2004 menyerang sebahagian wilayah selatan Asia . Para pasukan sukarelawan berusaha membantu menyalurkan makanan kepada mereka . Namun bukannya mendapat sambutan hangat , helikopter para sukarelawan tersebut terus dihujani oleh anak panah .

Tidak banyak yang diketahui tentang suku ini . Bahasa yang mereka gunakan adalah bahasa asing yang tidak boleh difahami oleh manusia lain . Mereka lebih suka hidup tersembunyi di balik hutan tebal . Dianggarkan mereka bertahan hidup dengan memburu haiwan di sekitarnya mahupun mengumpulkan ubi dan buah - buahan .

Pulau ini berada di bawah kekuasaan negara India . Namun setelah beberapa usaha untuk mendekati mereka gagal , kerajaan India akhirnya menyerah . Tentera Laut India kemudian ditugaskan berjaga sekitar 3 batu dari pulau untuk melarang pelancong dan nelayan masuk ke wilayah ini .

Selain itu , muncul pelbagai khabar angin - khabar angin menakutkan dari suku ini . Di tahun 1896 , seorang banduan melarikan diri dan masuk ke dalam pulau ini . Namun beberapa hari kemudian , pasukan pencari mencari jenazahnya di tepi pantai dalam keadaan tertusuk panah di tengkoraknya .

Tidak peduli apakah anda bermaksud baik atau sampai di pulau kerana terdampar , suku Sentinel akan menyambut dengan panah . Hanya sekali sambutan baik diberikan iaitu terhadap 28 orang yang nekad ke sana pada 4 Januari 1991 . Mereka adalah rombongan antropologis T.N. Pandit berasal dari India yang mengaku terkejut dengan sambutan mesra itu .

Selepas itu tidak banyak lagi berita yang muncul tentang suku ini . Terakhir pada 2006 lalu ada 2 orang nelayan ditemui mati terbunuh ketika memancing di kawasan pulau Sentinel .








Sumber

0 comments:

Post a Comment