Thursday, 9 January 2014

Hong Leong Bank jawab isu larang pekerja Islam solat..

// // Leave a Comment


SHAH ALAM – Ekoran didakwa menafikan hak pekerja beragama Islam mengerjakan solat di premisnya, Hong Leong Bank Berhad menegaskan pihaknya menghormati semua agama yang dianuti pekerjanya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Hong Leong Bank menjelaskan soal insiden yang melibatkan beberapa ahli Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) yang tidak dibenarkan memasuki surau cawangan mereka di Kelantan dan Kuantan.

“Kami menghormati semua agama yang dianuti oleh pekerja serta menyokong kebebasan mereka untuk mempraktiskan kepercayaan masing-masing.

“Dakwaan yang menyebut kami melarang beberapa ahli NUBE untuk menunaikan solat di surau cawangan Kelantan dan Kuantan, pihak bank mahu menjelaskan bahawa ahli NUBE itu bukan pekerja di cawangan berkenaan.

“…mereka (bukan pekerja di situ) tidak dibenarkan masuk ke kawasan kawalan di mana surau itu terletak. Ini merupakan polisi keselamatan standard pada mana-mana institusi kewangan,” kata kenyataan itu.

Hong Leong Bank menegaskan sekali lagi bahawa pihaknya tiada halangan terhadap pekerja Muslim untuk mengerjakan solat.

Semalam Sinar Harian Online melaporkan sebuah bank komersial tempatan didakwa menafikan hak pekerjanya yang beragama Islam untuk mengerjakan solat di surau bank berkenaan sejak November tahun lalu.

Timbalan Presiden NUBE, Abdul Jamil Jalaludeen akui kesal ekoran tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut.


Sumber

0 comments:

Post a Comment