Siapa tidak kenal dengan Allahyarham Yasmin Ahmad, pengarah terkenal yang berbakat besar dan sentiasa melahirkan karya-karya unik dalam setiap filem yang dihasilkan. Setiap karya arahannya pasti mempunyai mesej yang ingin disampaikan untuk dijadikan iktibar kita bersama.
Sepet, Gubra, Talentime dan juga Mukhsin adalah antara filem-filem garapannya yang tidak pernah gagal dalam memberikan impak yang terkesan kepada para penonton.
Selain filem, Allahyarham turut dikenali menerusi iklan-iklan yang dihasilkannya menjelang musim perayaan. Masih ingatkah anda dengan iklan-iklan hasil sentuhan arwah? Iklan yang bertemakan kekeluargaan hasil arahannya itu tidak pernah mengecewakan sehinggakan kadang-kadang ia mampu untuk membuat kita mengalirkan air mata.
Sempena meraikan ulangtahun kelahiran yang ke-56 pada hari ini, Google Malaysia telah melakarkan doodle wajah Allahyarham Yasmin Ahmad, seorang sutradara, penulis lakon layar dan pengarah filem terkenal sebagai tanda penghormatan setelah 5 tahun pemergiannya.

Dipetik dari twitter Google Malaysia
Sedikit info, Allahyarham merupakan anak kelahiran Muar, Johor dan mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom.
Allahyarham pernah menggondol beberapa anugerah di festival filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes menerusi filem arahannya termasuklah Sepet, Gubra da Mukhsin.
Allahyarham meninggal dunia pada 25 Julai 2009 lalu setelah diserang angin ahmar ketika sedang mengadakan perbincangan dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa di Sri Pentas.
Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.
Sumber: Twitter Google Malaysia dan Wikipedia.
0 comments:
Post a Comment