Friday, 10 January 2014

Anjing Kunyah Tin Pewangi Badan Punca Rumah Meletup..

// // Leave a Comment


SEEKOR anak anjing di United Kingdom telah meletupkan rumah pemiliknya selepas ia mengunyah setin pewangi badan.

Anjing itu dari baka Greyhound, bernama Zeus melakukan perkara itu ketika ditinggalkan berseorangan selama 10 minit.

Zeus yang baru berusia enam bulan mengunyah tin pewangi badan Lynx yang kemudiannya meletup selepas ia terdedah kepada haba dari cahaya sebuah lampu.

Akibatnya, letupan itu memecahkan tingkap dan juga sebuah kerusi sofa terbakar.

Letupan itu menyebabkan kerugian kira-kira £2,000 Pound Sterling tetapi Zeus dan lima lagi haiwan peliharaan di dalam rumah itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut pemiliknya Kerry Leech ketika ini anjingnya itu akan mengunyah apa sahaja yang dijumpainya.

Pada hari kejadian, Leech dan pasangannya Mathew Heckler, sedang dalam perjalanan ke kedai Sabtu lepas apabila dimaklumkan berkaitan letupan itu melalui SMS dihantar jirannya.

“Saya betul-betul panik dan bimbangkan haiwan peliharaan saya, kami bergegas pulang dan melihat dua kereta bomba di luar rumah dan jalan itu ditutup,” katanya.

Menurut anggota bomba pula, pada mulanya mereka menyangka letupan itu berlaku ekoran kebocoran paip gas tetapi siasatan lanjut mendapati seekor anjing yang menjadi punca letupan itu.

“Saya pun tidak tahu, kami ada setin pewangi badan Lynx di ruang tamu, ia adalah hadiah ketika Krismas dari rakan-rakan di dalam sebuah kotak” kata Heckler.

Seorang pakar akademik Prof Tom Welton dari Kolej Imperial di London berkata bahan Butane di dalam pewangi badan itu adalah mudah terbakar.

Suhu paling rendah untuk sesuatu pewangi badan meletup atau terbakar ialah 60°C darjah celsius.

“Tin pewangi badan biasanya disertakan dengan amaran pada tinnya dan seekor anak anjing tidak memahaminya,” kata Prof Tom. – Mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment