Thursday, 2 January 2014

Anak Diguna Sebagai Benteng 'Untuk Buat Maksiat..

// // Leave a Comment

Anak diguna sebagai 'benteng' untuk buat maksiat | Dua pasangan termasuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan seorang wanita yang membawa anak sebagai 'benteng' untuk mengaburi pihak berkuasa ditahan dalam operasi mencegah maksiat sempena tahun baru sekitar hotel bajet sekitar Sepang, awal pagi tadi. 

Operasi yang dijalankan Pejabat Agama Islam (PAID) dan Pejabat Daerah/ Tanah Sepang itu turut menahan seorang remaja lelaki ketika sedang berdua-duaan dengan pasangannya yang juga warga asing dan bukan Islam. Ketua Unit Operasi yang juga Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang Abd Halim Mat Esa berkata, serbuan diadakan di beberapa hotel bajet di sekitar daerah Sepang membabitkan 75 anggota. Katanya, operasi itu bertujuan membanteras kegiatan tidak bermoral di kalangan remaja yang kini dilihat semakin membimbangkan terutama masalah pembuangan bayi yang semakin berleluasa.

"Pasangan pelajar IPTA yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu hanya kerana desakan nafsu sehingga membawa mereka ke bilik hotel tanpa memikirkan masa depan dan perasaan orang tua. "Kita kesal kerana mereka terjebak dengan kegiatan maksiat dalam usia semuda ini, malah pelajar wanita mungkin akan disingkirkan dari universiti," katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan. Ketiga-tiga pasangan yang ditahan itu dibawa ke balai polis Dengkil untuk siasatan lanjut dan didakwa di bawah Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor. 


Sumber

0 comments:

Post a Comment