Thursday, 26 December 2013

Walaupun Berpisah Dengan Johan A'sari, Niat Lana Nodin Ingin Berhijrah Tak Berubah?

// // Leave a Comment

Jika sebelum ini pelakon yang sering tampil dengan imej seksi, Lana Nodin menyatakan hasrat ingin berubah selepas dilamar oleh Johan As’ari, namun selepas cinta mereka terputus ramai yang tertanya-tanya sama ada Lana akan meneruskan hasratnya itu.

Ada yang beranggapan aktres tersebut mahu melupakan terus niatnya untuk menjadi muslimah yang lebih baik kerana tiada lagi Johan untuk membimbingnya.

Bagaimanapun, Lana memberitahu portal mStar Online bahawa kegagalan hubungannya dengan Johan bukan penyebab untuk dia tidak berubah. Malah akuinya, niat tersebut sudah dipasang sebelum bertemu dengan pelakon itu lagi.

Foto terbaru Lana yang kelihatan manis di tayangan teater Bahayanya Wanita


Sebenarnya saya mahu berubah ke jalan yang diredhai Allah sebelum mengenali Johan lagi dan saya beritahu hasrat itu kepada Lisdawaty.

Jadi apabila Johan bersungguh-sungguh mahu memperisterikan saya, terus saya anggap dialah yang akan membimbing saya. Tetapi bila keadaan sudah berubah, saya tetap akan teruskan niat untuk menjadi muslimah yang baik.

Untuk pengetahuan anda, Johan telah menggemparkan peminat industri hiburan tempatan apabila berita mengenai dirinya memutuskan hubungan dengan Lana terpampang di akhbar semalam.


Sumber

0 comments:

Post a Comment