Mumia Filipina ini disebut sebagai mumia api, yang mempunyai cara pengawetan tersendiri, berusia ratusan tahun.
Mumia api ini adalah sebutan dari Mumia Kabayan yang masih mempunyai kisah misteri. Mumia-mumia tersebut diyakini sebagai peninggalan dari suku ibaloi yang ditemui di Kabayan, Wilayah Benguet, Filipina.
Awalnya, mumia-mumia ini ditemui pada tahun 1900-an dengan keadaan baik di dalam Gua Timbak yang berada di atas gunung. Perjalanan untuk mendaki dan mencari mumia ini memerlukan masa kira-kira 5 jam lamanya.
Beberapa saintis percaya, mumia api ini sudah wujud sejak tahun 1200-1500 Masehi di 5 bandar yang ada di Filipina dan dikebumikan di dalam gua-gua. Namun sayang, amalan pembuatan mumia ini terhenti kerana Sepanyol menjajah Filipina sekitar tahun 1500-an.
Ada keunikan dalam proses membuat mumia-mumia ini. Proses pembuatannya pun cukup memakan masa hingga berbulan-bulan. Sebelum menjadi mayat, mereka yang mahu dijadikan mumia dipaksa minum air yang sangat masin.
Setelah meninggal, mayat itu dicuci dan diletakkan dengan posisi duduk di atas api (salai) untuk dijadikan mumia. Pekara itulah yang membuat cecair tubuhnya keluar. Asap tembakau juga ditiupkan ke dalam mulut mayat untuk mengeringkan organ-organ dalaman tubuh.
Sayang beribu sayang, mumia api yang jumlahnya tidak sedikit ini diburu oleh orang-orang tak bertanggung jawab. Oleh sebab itu, kerajaan tempatan melindungi gua-gua yang diyakini terdapat mumia. Mumia api ini termasuk dalam salah satu benda paling terancam di dunia.
Sehingga sekarang, tercatat 28 mumia api yang boleh dilihat pengunjung di sebuah muzium di Kabayan. Lihatlah mumia api dari dekat, bentuk lekuk tubuhnya masih kelihatan jelas. Hampir semua mumia api di Filipina pun kelihatan membuka mulutnya.
0 comments:
Post a Comment