Seorang lelaki berusia 48 tahun di China dilaporkan telah hidup dan membesar dalam sangkar di rumahnya sendiri sejak 40 tahun lalu.
Walaupun kelihatan seakan kejam perbuatan ibu bapanya yang mengurung Peng Wiqing, namun semua yang dilakukannya itu adalah bersebab.
Ini kerana Wiqing akan mencederakan dirinya sendiri jika dibiarkan sendirian.
Wiqing menghidap penyakit kecacatan otak selepas menghidap penyakit demam panas ketika berusia enam tahun.
“Dia tidak boleh mengawal dirinya sendiri. Semasa dia muda, selalunya dia akan mencederakan dirinya dengan menggunakan pisau dan serpihan kaca.
“Walaupun ketika dia berjalan, dia secara tiba-tiba boleh terjatuh dan mencederakan mukanya,” katanya ibunya, Waimei, yang dipetik menerusi Rex Features.
Disebabkan tidak mempunyai wang untuk membiayai penyakit anaknya itu dan takut dia terus mencederakan dirinya sendiri, ibu dan mendiang bapa Wiqing telah menempatkan dia dalam sangkar tersebut.
Kini setelah kematian suaminya, Waimei sendirian menjaga anaknya itu dengan memandi serta memberikan makan kepadanya pada setiap hari.
Dalam pada itu, Waimei juga risaukan keadaan anaknya apabila dia meninggal dunia kelak.
0 comments:
Post a Comment