Tuesday, 3 December 2013

SADIS!! Bakar Rumah Sebab Gagal Jumpa Hantu..

// // Leave a Comment
BANGUNAN ini dibakar sekumpulan pemburu hantu selepas mereka gagal menemui entiti misteri yang didakwa menghantuinya. 

BATON ROUGE, Lousiana – Sekumpulan pemburu hantu yang sedang mengesan kewujudan kelibat makhluk halus di sini ditangkap kerana membakar sebuah bangunan bersejarah di negeri Louisiana baru-baru ini.

Seramai tujuh lelaki berusia antara 17 hingga 31 tahun telah menyelinap masuk ke dalam bangunan LeBeau Plantation, Jumaat lalu, kata polis.

Binaan bersejarah berusia lebih 100 tahun itu dianggap berhantu ekoran banyak kejadian pelik yang pernah berlaku di kawasan tersebut.

“Kami semua pernah mendengar banyak cerita seram tentang tempat itu sewaktu membesar di sini,” kata ketua polis tempatan, Sherif Jimmy Pohlman.

“Namun, pada masa yang sama, bangunan itu menjadi sarang penagih,” tambahnya.

Menurut jurucakap sherif berkenaan, John Doran, pada hari kejadian sekumpulan pencari hantu yang mabuk dan berada di bawah pengaruh dadah memasuki bangunan itu.

“Mereka cuba menyeru makhluk halus dan puaka tempat tersebut dengan memukul lantai tetapi gagal,” katanya.

“Kerana marah, mereka kemudian mula menyalakan api dan membakar bangunan tersebut,” tambah jurucakap berkenaan. – Agensi

Sumber

0 comments:

Post a Comment