Friday, 27 December 2013

Nafi Dengan Kerabat, Fathia Harap Aiman Jodohnya..

// // Leave a Comment

Tidak berapa lama dahulu, pelakon yang semakin meningkat naik, Nur Fathia Latiff sering dikatakan mempunyai hubungan dengan jejaka berketurunan kerabat.

Bagaimanapun sejak beberapa bulan lepas, Fathia digosipkan pula bercinta dengan Aiman Hakim Ridza yang juga seorang pelakon.

Ditanya sama ada gosip itu telah menamatkan spekulasi mengenai hubungannya bersama sang kerabat, Fathia memberitahu khabar angin tersebut masih tetap diperkatakan hingga kini.

Saya tak faham kenapa orang masih mengaitkan saya dengan jejaka kerabat itu sedangkan saya tak pernah jumpa, tak pernah nampak ataupun bercakap dengan dia.

Sementara itu, Fathia ketika diajukan soalan mengenai status hubungannya dengan Aiman enggan bercerita lanjut tetapi berharap peminat dapat mendoakan yang baik sekiranya benar bertemu jodoh dengan pelakon lelaki itu kelak.



Fathia rasa sekarang ni bukan masa yang sesuai untuk bercakap soal cinta. Selagi belum tentu dia jodoh saya, saya tak berani nak dedahkan sebab takut orang kata cari publisiti murahan. Buat masa sekarang, doakan sahajalah kami ada jodoh.

Dalam pada itu sebagai wanita, Fathia turut menyifatkan Aiman sebagai seorang lelaki sempurna dan boleh menjadi suami yang baik.

Secara amnya, saya rasa dia adalah contoh calon suami yang sempurna. Apa yang saya nampak, Aiman lain daripada yang lain, bersikap realistik dan pandai.

Beralih kepada perkembangan kerjaya, Fathia akui merasa sedikit tertekan dengan watak lakonannya dalam drama bersiri berjudul Ariana Rose yang akan ditayangkan di slot Akasia TV3 tidak lama lagi.

Ariana Rose diinspirasikan dari novel, jadi bila saya tengok peminat agak obses dengan jalan cerita novel tersebut, saya jadi takut. Saya memang bersedia untuk dikecam atau dikritik jika mereka tak puas hati, tapi saya nak mereka tahu saya dah berikan yang terbaik untuk bawa watak ni.

Malah pelakon cantik manis ini juga berharap agar mereka yang sudah membaca novel asalnya, The Wedding Breaker tidak kecewa selepas menonton Ariana Rose memandangkan karya novel agak sukar untuk diadaptasi ke kaca televisyen secara 100 peratus.

Apapun, di bawah ini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto Fathia yang ditemui sewaktu majlis sidang media drama Ariana Rose di Sri Pentas TV3, Bandar Utama tempoh hari.


Sumber

0 comments:

Post a Comment