Mitsuyuki Ikeda ,saintis berasal yang dari asal Okayama Laboratory yakin bahawa banyak protein bagus di dalam kotoran manusia yang boleh dimanfaatkan. Untuk itu, dia mencari cara untuk mengekstraknya, mencampurkannya dengan sos steak, dan berjaya membuat kotoran (najis) itu menjadi makanan.
Orang mungkin bertanya-tanya apa alasannya melakukan hal itu. Tetapi ternyata, alasan utamanya adalah permintaan daripada kerajaan Tokyo sendiri. Sebagai maklumat, Tokyo saat ini dipenuhi dengan lumpur longkang bawah tanah, dan satu-satunya cara untuk mengatasinya selain dengan membuang ke laut adalah dengan memakan 'kotoran-kotoran' tersebut. Saat diteliti, Ikeda mendapati bahawa lumpur itu penuh dengan protein kerana banyaknya kandungan bakteria di sana. Setelah digabungkan dengan peningkat reaksi dan menempatkannya di mesin ajaib yang disebut 'eXpLoDeR', akhirnya steak buatan berjaya dibuat.
Lumpur kotoran itu mengandungi 63 peratus protein, 25 peratus karbohidrat, 3 peratus vitamin yang larut dalam lemak, serta 9 peratus mineral. Adapun steak buatan yang dihasilkan pun warnanya juga merah, jadi pengguna tidak akan mengetahui bahawa yang bahan yang dia akan makan merupakan najis olahan. "Dari uji pertama, orang-orang yang sudah mencuba menyebutkan, rasanya seperti daging lembu," sebut Ikeda, seperti dikutip dari Digital trends. Menurut Ikeda dan rakan-rakannya, cara ini merupakan penyelesaian sempurna untuk mengurangkan jumlah sisa dan pelepasan dari perut. Namun sayangnya, masih ada kekurangan dari penyelesaian yang ditawarkan Ikeda. Bayaran untuk menghasilkan 'daging' buatan itu 10 hingga 20 kali lebih mahal berbanding dengan harga daging lembu sebenar.
0 comments:
Post a Comment