Saturday, 9 November 2013

SERAM!! PENGAKUAN SEBENAR PELAKON HIGHLAND TOWER DIRASUK!!!

// // Leave a Comment

Filem realiti seram, Highland Tower terbitan MIG (Metrowealth) mengundang kejutan apabila ada penonton filem ini terkena histeria sewaktu menontonnya di pawagam.

Bagaimanapun, sebelum penonton mengalami pengalaman sebegitu, setiap pelakon filem ini iaitu Mikael Andre, Niezam Zaidi, Shima Anuar, Eddy Rauf, AtikahSuhaimi, Adibah Yunus dan Zairi Zainal sudah pasti telah mengharungi pengalaman menakutkan sebelum dan selepas penggambaran.

Apa yang pasti, dua pelakon yang dirasuk dalam filem berkenaan iaitu Shima Anuar dan Atikah Suhaimi telah bercerita keadaan mereka apabila dirasuk.

Shima Anuar (Watak Hos)

“Setalah tiba dilokasi penggambaran, saya tertarik pada lukisan bulan mengambang yang cantik pada waktu maghrib. Lepas itu, badan saya rasa lain macam dan jantung berdegup kencang.

“Menurut pelakon lain, waktu itu saya terus tidak bercakap lagi dan nampak lain. Rupa-rupanya waktu itu saya sudah pun dirasuk.”

Atikah Suhaimi (Watak Pemegang Cliper)

“Ketika rakaman dilakukan, secara tiba-tiba, saya melihat Shima menari. Selepas itu, saya terus menangis dan menjerit macam histeria.Waktu itu juga, saya berasa seperti di awangan dan tidak sedarkan diri.

“Saya tidak ingat apa yang berlaku ke atas diri saya. Apabila saya sedar, saya telah ditenangkan oleh pelakon lain. Apapun, selepas kejadiantersebut, saya sering bermimpi.

“Dalam mimpi tersebut, saya nampak seorang wanita yang tinggal di tingkat 6 blok di Highland Tower. Dia sering menghantui saya dan terus-terang, ini adalah pengalaman yang sukar saya lupakan.”

P/S: Seperti biasa filem-filem seram di Malaysia pasti akan keluar cerita pelakon-pelakonnya dirasuk ketika pengambaran.. Samada benar atau hanya untuk melariskan filem. Wallahualam.. 

Sumber

0 comments:

Post a Comment