Berikutan pelucutan jawatan presiden Persatuan Seniman (Seniman) Malaysia yang disandang oleh Zed Zaidi, beliau tampil dalam satu pertemuan bersama kira-kira 50 ahli Seniman di Finas bagi membincangkan isu yang mereka hadapi ketika ini.
Zed Zaidi menyatakan kekesalan kerana akibat daripada kesilapan daripada pemimpin terdahulu sehinggakan kepimpinan terbaru yang menerima akibatnya.
“Saya umpama mencuci tahi orang. Bila kita dah cuci (tahi) itu bersih-bersih, ia jadi (tahi) semula. Kami adalah mangsa keadaan kerana kesilapan pemimpin-pemimpin terdahulu.“Saya amat-amat sedih dengan keputusan mahkamah ini tetapi apa boleh buat. Saya terpaksa terima. Kami benar-benar teraniaya.“Agenda saya dalam Seniman ini amat besar. Saya mahu meningkatkan darjat artis-artis yang sering dipandang rendah agar terus dihormati, tetapi saya tidak berjaya,” katanya dalam keadaan yang cukup hiba.
Menurut Zed, semasa menjadi Presiden banyak perkara yang mahu dilaksanakan termasuk kad diskaun 1Malaysia untuk golongan artis, insurans serta perumahan rakyat namun segalanya tidak kesampaian apabila dia digugurkan jawatan.
Pergerakan Persatuan Seniman kini di kemudi oleh Mohd Faizal Raja Mohamad Anuar dan Juniza Maslan yang mengambil alih tugas buat sementara waktu.
0 comments:
Post a Comment