India – Akibat terlalu obses dengan rancangan di televisyen, seorang remaja berusia 14 tahun telah menculik seorang kanak-kanak berusia setahun dan mencampaknya ke dalam sungai.
Tujuan remaja itu berbuat demikian adalah bagi melihat sama ada polis mampu menangkapnya.
Remaja itu yang obses dengan program Savdhaan India, iaitu yang rancangan yang menyiarkan cerita-cerita jenayah di India, telah menculik Sumit Singh ketika kanak-kanak itu bermain di luar rumahnya.
Kejadian tersebut disaksikan oleh jirannya yang melihat remaja itu membalut bayi tersebut dengan kain sebelum mencampaknya ke dalam sungai.
Malangnya mayat kanak-kanak lelaki itu tidak ditemui meskipun pihak berkuasa sudah empat hari melancarkan gerakan mencari dan menyelamat di sekitar sungai terbabit.
Dalam pada itu, bapa dan ibu mangsa, Santosh Singh, 34, serta isterinya Urvashi, 29, yang berasal dari Indore, Madhya Pradesh, kini berada dalam keadaan tertekan selepas kehilangan satu-satunya anak mereka itu.
Santosh ketika ditemui berkata,sehingga kini mayat Sumit gagal ditemui meskipun usaha mencari telah dilancarkan.
“Kami hanya boleh mengharap agar Sumit diselamatkan oleh individu lain,’’ katanya.
Ketika kejadian Sumit sedang bermain di luar rumahnya apabila dia diculik. Ketika itu ibunya hanya masuk sekejap ke dalam rumah dan selepas keluar, dia mendapati anaknya itu sudah hilang.
Sementara polis pula memberitahu, remaja itu pada awalnya menafikan dia mencampak kanak-kanak tersebut sebaliknya mendakwa dia hanya membuang sampah di dalam sungai.
Namun selepas beberapa hari, akhirnya remaja itu mengaku dan memaklumkan dia berbuat demikian kerana meniru rancangan di televisyen.
Jelas polis itu, remaja tersebut ingin menguji polis sama ada pihak berkuasa boleh menangkapnya kerana dalam rancangan itu, polis gagal mengesan pesalah.
Dia kini dihantar ke pusat tahanan juvana sementara menanti perbicaraan di mahkamah.
Remaja itu juga tidak menunjukkan tanda-tanda menyesal sebaliknya bersikap agresif.
Keluarganya juga mengesahkan remaja itu sering menonton program berkenaan dengan kusyuk dan akan mengamuk jika ada orang lain menukar rancangan yang lain.
Sumber
0 comments:
Post a Comment