Sunday, 3 November 2013

SADIS!! Remaja Pintar Gantung Diri Kerana Disisih Di Sekolah..

// // Leave a Comment

Nampaknya remaja Barat mempunyai ancaman baru yang boleh membawa kematian iaitu kes buli di sekolah dan di laman sosial.

Kes remaja membunuh diri disebabkan hal ini semakin meningkat dengan kes terbaru melibatkan seorang pelajar perempuan, Izzy Dix, 14.

Izzy ditemui mati menggantung diri dalam bilik tidur di kediaman mereka di Devon, England oleh ibunya, Gabbi, bulan lepas.

Tidak lama sebelum mengambil keputusan menamatkan riwayat sendiri, Izzy telah menulis sebuah puisi berjudul I Give Up yang membayangkan dia tertekan kerana dibuli secara emosi oleh rakan-rakan di sekolah.

Dia tertekan kerana tiada siapa mahu berkawan dengannya dan diejek dengan panggilan ‘pelik’, ‘hodoh’ dan ‘tak ada siapa nak’.

Kematian Izzy mengejutkan Gabby memandangkan Izzy merupakan pelajar pintar dan menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di Universiti Oxford satu hari nanti.

Dia menyalahkan pihak sekolah, Brixham College, kerana tidak mengambil berat tentang aduan yang dibuatnya beberapa bulan sebelum kematian Izzy berkenaan isu diejek dan disisihkan kerana dapat melihat perkara berkenaan mempengaruhi emosi anaknya.

Gabby juga melahirkan rasa geram apabila melihat ada rakan sekolah anaknya yang menjadi punca kejadian turut hadir dan memeluk dirinya ketika majlis memperingati Izzy diadakan.

Sebagai ibu tunggal yang hanya ada Izzy bagi menemani hidup, peristiwa yang berlaku meninggalkan impak besar kepada Gabby jadi sukar untuk dia memaafkan ‘pembunuh’ anaknya.

Disebabkan insiden ini Gabby tidak lagi pulang ke rumah sejak hari dia menemui Izzy tergantung dalam keadaan tidak bernyawa. - REM RAMZI




Sumber

0 comments:

Post a Comment