Ramai yang sudah sedia maklum tentang penghijrahan penyanyi sensasi Mizz Nina selepas sekembalinya menunaikan Haji baru-baru ini. Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman nekad untuk mengubah penampilannya yang “urban” kepada muslimah yang lebih baik.
Bukan sahaja peminat gembira dengan penghijrahannya itu malah suaminya Noh Salleh turut teruja dengan penampilan baru isterinya itu. Noh juga mengakui bahawa dialah orang pertama yang sangat teruja apabila mengenai niat Mizz Nina untuk berhijrah.
“Pilihan ini atas kemahuan dia sendiri bukan dipaksa atau terpaksa. Saya bersyukur dan gembira dengan perubahan itu,” katanya yang turut berkongsi gambar Mizz Nina yang sudah bertudung di laman Twitternya.
Noh juga memberitahu bahawa isterinya kini banyak menghadiri kelas mengaji untuk menambah ilmu agama dan sebagai suami dia berusaha untuk memberi menyokong dan dorongan sebaik mungkin.
Apabila ditanya tentang hala tuju muzik mereka selepas penghijrahan Mizz Nina, Noh berkata ini adalah masa yang sesuai untuk dia dan isteri akan memilih konsep ketuhanan dalam lagu-lagu mereka.
“Insya-ALLAH sebenarnya kami memang dah perlahan-lahan ke arah itu (muzik ketuhanan). Mungkin ada yang terlepas pandang kerana sudah biasa dengan genre muzik urban yang kami bawakan sebelum ini. Apa pun, kami mengharapkan peminat akan terus sentiasa menyokong ” jelas Noh.
Beautifulnara.com
0 comments:
Post a Comment