Saturday, 16 November 2013

MISTERI!! Kisah Kematian Agen 007..

// // Leave a Comment


London – Agen rahsia M16 English ditemui mati di dalam beg yang dijumpai di bilik mandi, Rabu kemarin. Polis British menolak unsur konspirasi pembunuhan ini adalah dalang daripada agen asing.

“Kemungkinan besar, ini kemalangan,”kata Hewitt.”Saya yakin kematian Gareth tak ada hubungannya dengan pekerjaannya.” Deputi Assisten Komissioner Polis Metropolitan London, Martin Hewitt, Rabu kemarin mengatakan mayat yang ditemui itu kemungkinan adalah Gareth William, pemecah-kode yang bekerja untuk M16, dan mati bukan kerana dibunuh.

William, 31 tahun, bekerja di Markas Besar Komunikasi Pemerintah (GCHQ) tapi ditugaskan di M16 selama tiga tahun yang bertanggungjawab dengan masalah espionage luar negeri. GCHQ pernah bekerjasama dengan Badan Kemanan Nasional (NSA) AS.

Mayat William yang berbau ditemui di dalam beg merah dan terletak di sebuah “safe house” di markas M16. “Safe house” adalah rumah yang digunakan untuk menempatkan sementara agen-agen rahsia atau orang yang mempunyai maklumat  rahsia dan keselamatannya terancam.

Mayatnya sudah berbau busuk. Tapi hasil pengujian tak menemui alkohol, dadah atau racun di tubuh William. Unit Foresnik juga tidak menemui cap jari di bilik mandi atau kesan DNA di sekitar beg merah itu.

Hasil siasatan awal Pihak Polis, menurut Hewitt, kawasan sekitar tersebut sudah tercemar, tapi pihak foresnik tidak menemui penunjuk bahawa ada orang yang memasuki ke dalam “safe house” tempat William meninggal. Ia tidak menolak kemungkinan bahan kimia digunakan untuk menghilangkan jejak si pembunuh.

Misteri kematian agen William ini menimbulkan perdebatan. Sangat meragukan sekiranya William membunuh diri lalu mengunci dirinya di dalam beg merah. “Secara teorinya kemungkinan ada orang yang membunuhnya. Tapi kesimpulan yang paling munasabah adalah tidak ada orang yang muncul di ‘safe house’,” ujar Hewitt

Sumber

0 comments:

Post a Comment