Friday, 29 November 2013

KEJAM!! Bayi ditanam hidup-hidup..

// // Leave a Comment
Anggota polis membawa mayat bayi yang ditanam ibunya ke rumah mayat Hospital Miri untuk dibedah siasat. – Foto Kandau Sidi

Miri: Tangisan dan rontaan seorang bayi masih bertali pusat dalam plastik sampah tidak dihiraukan ibunya bersama teman lelaki, ketika menanam mangsa hidup-hidup dalam lubang tepi pagar ladang sawit dekat Suai, Niah, petang kelmarin.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan pasangan berusia 20-an pada jam 4 petang. Perbuatan kejam pasangan itu disedari pengawal ladang yang terserempak dengan mereka dalam keadaan mencurigakan dan terdengar tangisan bayi dalam plastik hitam yang dibawa mereka.

Pengawal keselamatan itu mulanya menyangka pasangan terbabit mahu menceroboh ladang, namun merasa pelik melihat mereka membawa sesuatu objek dalam plastik sampah.

Ketika mengintai dari jauh, pengawal itu mendapati pasangan terbabit menggali tanah berhampiran pondok pengawal keselamatan di situ sebelum menanam objek yang dikeluarkan dari beg plastik dibawa mereka.

Apabila tangisan bayi itu tidak lagi kedengaran, pasangan terbabit segera meninggalkan kawasan terbabit, membuatkan pengawal keselamatan berkenaan bergegas melakukan pemeriksaan.

Ternampak kaki bayi

Sebaik pengawal itu melihat kesan tanah baru digali, dia segera mengoreknya sehingga ternampak kaki kanan bayi terbabit, sebelum segera memaklumkan kejadian itu kepada pengurus ladang yang kemudian menghubungi polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Stanley Jonathon Ringgit, berkata sepasukan anggota Balai Polis Pusat Miri bergegas ke lokasi.

Sebaik tanah itu dikorek sepenuhnya, polis menemui mayat bayi lelaki cukup sifat serta masih bertali pusat, dibungkus dengan kain lampin serta selimut mempunyai tanda untuk kegunaan hospital, dipercayai baru dilahirkan.

Polis tidak menolak kemungkinan bayi itu hasil hubungan terlarang sebelum ditanam. Ini berdasarkan keterangan pengawal keselamatan yang melihat gelagat dua suspek di lokasi, katanya.

Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan maklumat dari Klinik Kesihatan Batu Niah dan Hospital Miri untuk mengenal pasti latar belakang individu yang melahirkan bayi sejak beberapa hari lalu – Bharian Online

Sumber

0 comments:

Post a Comment