Pembunuhan kejam berlaku di Mexico. Tujuh orang lelaki dihukum mati oleh orang yang tidak dikenali. Tujuh mayat ditinggalkan terikat di kerusi plastik dan dibiarkan tepi jalan di Mexico.
Seperti disiarkan The Sun, tujuh lelaki tersebut ditemui pada Sabtu (23/3/2013), pukul 5.30 waktutempatan, di salah satu jalan di kawasan Michoacan, dalam kedudukan terikat dan kepalanya dibalutdengan kain berwana coklat. Masing-masing mayat mempunyai luka berlubang akibat tembakan diletak yang berbeza-beza.
Pihak polis tempatan menduga hukuman mati tersebut dilakukan oleh kumpulan yang profesional,mengingat pelaku begitu tenang menembak mati di pinggir jalan. Selain itu sebelumnya pelaku jugasempat mengikat mangsa dan mendudukkan mereka di kerusi plastik.
Dalam tubuh dua di antara tujuh mayat, disematkan kertas karton dengan tulisan 'Peringatan, hal iniakan terjadi pada pencuri, penculik, perogol dan pemeras'. Pihak peguam tempatan sampai saat inimasih belum dapat mendedahkan motif dari pembunuhan ini.
Kekerasan dan pembunuhan di jalanan sudah lama berlaku di Mexico.
Berkaitan hal ini, Presiden Mexico Enrique Pena Nieto, yang mula berkhidmat pada bulan Disember,bersumpah untuk menumpaskan 'adat' main hakim sendiri yang telah meruntuhkan moral Mexico.
0 comments:
Post a Comment