Sejak memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dilihat secara terbuka mengkritik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Keterbukaan atau kelantangan Khairy dalam mengkritik menyebabkan ada golongan vetaran yang terasa dengan sikapnya. Datuk Jamal Nasir, bekas kapten skuad kebangsaan dan ahli jawatankuasa FAM mendakwa beliau terguris apabila ada pihak, apa lagi seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap sukan negara, mengkritik secara melulu seolah-olah mahu melepaskan geram kepada individu tertentu dalam badan induk itu.
Sebagai kenyataan balas, kata Khairy secara sinis ketika sidang media selepas melakukan lawatan rasmi ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM), semalam:-
Jika beliau bukan ‘budak suruhan’ FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur.
Kenyataan Khairy itu bagaimanapun mendapat perhatian dari penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza. Dalam satu tweet beberapa jam tadi, Siti telah menulis:-
Tweet Siti telah mendapat maklumbalas ramai pengguna Twitter. Ada yang menyokong, malah ada yang membantah Siti membuat kenyataan berunsur politik, namun Siti mendakwa tweetnya bukan berkait politik, tetapi hanyalah teguran kepada orang lain untuk menghormati seseorang yang lebih tua.
Sememangnya tidak disangka Siti menegur kelakuan seorang menteri, tetapi jika ia benar, tidak ada salahnya bukan?
Apa pendapat anda?
Sumber
0 comments:
Post a Comment