Sunday, 10 November 2013

10 Gambar Paling Menyentuh Jiwa Sepanjang Zaman..

// // Leave a Comment


10 Gambar Paling Menyentuh Jiwa Sepanjang Zaman | Gambar boleh mempengaruhi emosi. Setuju? Gambar boleh menggambarkan seribu perkara. Ramai yang menyetujuinya. Sebuah gambar yang diambil boleh memberikan pelbagai gambaran kepada setiap orang yang melihatnya. Banyak gambar yang kita ambil setiap hari dan itu pun tidak terkecuali.

Di bawah adalah 10 gambar paling menyentuh jiwa sepanjang zaman. Semuanya adalah yang original dan diambil daripada suasana asal. Tiada lakonan. Jom tengok. Peristiwa di sebalik setiap satunya sangat menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihatnya.


10. Gambar seorang ibu dan anak-anaknya mencuba untuk menyelamatkan diri daripada peristiwa pengeboman di Vietnam Selatan dengan menyeberangi sebuah sungai pada tahun 1965.



9. Pada 12 Januari 1960, ketua parti sosialis Jepun, Asanuma telah dibunuh oleh pelajar kepada pesaingnya. Gambar di bawah telah diambil dalam masa sesaat sebelum pembunuhan itu berlaku.



8. Gambar seorang banduan Iraq sedang mententeramkan anak lelakinya. Gambar ini telah diambil pada tahun 2003 semasa peperangan di Iraq sedang di kemuncak.



7. Gambar seorang wanita dan kanak-kanak perempuan berusaha menyelamatkan diri semasa peristiwa kebakaran pada tahun 1975.



6. Gambar Thick Quang Dug, seorang sami budha dari Vietnam Selatan membakar diri sendiri sebagai tanda protes terhadap polisi penderaan oleh kerajaan terhadap sami budha pada tahun 1963. Sami itu tidak bergerak ataupun mengeluarkan sebarang bunyi semasa dirinya sedang terbakar.



5. Gambar seorang lelaki muda berdiri di hadapan kereta kebal yang sedang bergerak demi reformasi democratik di China pada tahun 1989



4. Gambar hari pertama buat Dorothy Counts di Sekolah Tinggi Harry Harding, Amerika Syarikat. Counts adalah kanak-kanak berkulit hitam pertama yang dimasukkan ke sebuah sekolah di Amerika Syarika. Namun begitu, dia tidak dapat bertahan dengan segala gangguan selepas 4 hari.



3. Gambar seorang lelaki muda telah didera oleh askar kerana dia dipercayai telah bercakap dengan pemberontak Tutsi.



2. Ketua Polis Vietnam Selatan , Nguyen Ngoc Loan telah menembak mati seorang lelaki yang dia sangkakan seorang askar Vietkong pada 1 Februari 1968.



1. Gambar seorang kanak-kanak yang hampir mati kerana kebuluran kerana tidak makan di Uganda pada tahun 1980. Seorang pendakwah memegang tangannya dan tidak dapat berbuat apa-apa.


Sangat menyentuh jiwa bukan? Apa kata kamu? Setiap gambar mampu menceritakan banyak cerita. Perihal keadaan semasa ia diambil, kegembiraan orang di dalamnya, kegembiraan dan kesedihan, malah juga kesengsaraan.

Jadi, mulai hari ini bolehlah kita mengambil gambar setiap hari. Manalah tahu akan menjadi gambar yang begitu bermakna seperti ini. Harga gambar pula akan melambung tinggi. Sekarang, tahulah kita kenapa fotografi boleh menjadi satu kerjaya yang sangat memberi makna dan ramai yang menggemarinya.

Sumber

0 comments:

Post a Comment