Thursday, 17 October 2013

Wawa Dakwa Belum Hijrah SEPENUHNYA, Akan Buka Tudung Jika Ada Tawaran Berlakon..

// // Leave a Comment

SETELAH menghilangkan diri dalam tempoh yang agak panjang, kami kira tidak ada salahnya untuk terus menghidangkan cerita mengenai pelakon jelita, Wawa Zainal yang kini sudah mengesahkan statusnya sebagai isteri kepada Aeril Zafril.

Dalam sidang media yang diadakan sebelum ini, ramai yang bertanya, adakah Wawa sudah berhijrah kerana dilihat memakai tudung dan berbaju kurung pada waktu itu?

Jawapannya, belum sepenuhnya.

Memetik kenyataan Wawa melalui akhbar Sinar Harian, dia berkata yang dia masih lagi dalam proses pembelajaran dan sedang berusaha mendekatkan diri dalam agama.

“Buat masa ini, saya belum lagi berhijrah sepenuhnya. Saya masih belajar dan cuba mendalami ilmu agama.

“Kalau saya keluar, mungkin saya akan pakai tudung. Namun, jika ada tawaran lakonan yang memerlukan saya membuka tudung, saya akan buka.

“Namun, saya akui, memang saya selesa bertudung dan berhasrat untuk ke arah itu. Mungkin sedikit masa lagi,” ujar pelakon 99 Kali Rindu itu.

Dengan penjelasan itu, diharap peminat dan sesiapa sahaja yang tertanya-tanya mengenai ‘penghijrahan’ Wawa sudah jelas dengan isu ini.

Tak mengapalah. Kami yakin suatu hari nanti, ibu kepada Ahmad Fakharuddin Attar ini akan berhijrah sepenuhnya. Sama-sama kita doakan ya.

Sumber

0 comments:

Post a Comment