Thursday, 3 October 2013

MISTERI!! GAMBAR PENAMPAKAN LEMBAGA MISTERI DI CHECKPOINT SANDAKAN !!

// // Leave a Comment

Kemalangan yang berlaku berdekatan Checkpoint Batu 32 Sandakan, Sabah pada pada 12:09 pagi 23 September 2013 ini mengundang seribu persoalan apabila kelibat makhluk yang tidak dikenali telah muncul semasa gambar diambil tanpa disedari.

Menurut saksi kejadian dikenali sebagai Jabbar yang melaporkan, ketika melalui jalan terbabit, beliau hanya mengambil gambar insiden kemalangan tersebut yang membabitkan sebuah lori treler terbalik dan tidak sama sekali menyangka terdapat satu objek pelik pada gambar terbabit.

“Saya sedar ada ‘sesuatu’ hanya selepas saya meneliti balik gambar ni.” Lapor Jabbar kepada kami.



Kemunculan imej misteri terbabit menimbulkan rasa pelik dan seram kepada mereka yang melalui jalan tersebut.

“Inilah gambar yang saya dapat fresh-fresh dan hanya bulatan merah sahaja yang saya letakkan.” Ulas Jabbar.

Apa-apapun, semua yang berlaku atas kehendak Allah S.W.T.

Hanya Dia yang tahu apakah benda ini.

Wallahualam.

Sumber

0 comments:

Post a Comment