Wednesday, 23 October 2013

Isteri Adi Putra Nafi Guna VVIP Gugurkan Kes Skandal Suami..

// // Leave a Comment

Minggu lalu, timbul isu pelakon Adi Putra dikatakan telah berjumpa dengan seorang individu yang berpengaruh bagi tujuan meminta bantuan untuk mengugurkan kes skandal bersama isteri orang yang heboh diperkatakan baru-baru ini.

Namun begitu, isteri kepada pelakon kacak tersebut iaitu Aida Yusof menafikan dakwaan itu dan meminta orang ramai tidak mudah percayakan khabar angin kerana kes masih lagi dalam siasatan pihak polis.

“Ingin saya tegaskan di sini, saya atau Adi tidak pernah menggunakan sesiapa untuk membantu menggugurkan kes ini. Sesiapa yang tidak percaya boleh siasat sendiri atau tanya sendiri pihak berkenaan.
“Sebolehnya saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara ini kerana seperti yang Adi dan saya pernah katakan sebelum ini, kes ini masih dalam siasatan polis dan saya tidak mahu mengganggu siasatan,” jelas Aida.

Menurut Aida lagi, dia sendiri masih tidak mengetahui perkembangan terkini kes berkenaan dan info terakhir yang diketahuinya adalah bahawa pihak forensik telah pun selesai melakukan siasatan.

“Saya tahu perkara itu dari akhbar dan perkara lain saya tidak dimaklumkan. Tetapi sebaik sahaja kami memperoleh keputusan siasatan, Adi akan mengeluarkan kenyataan akhbar seperti yang dijanjikan,” katanya lagi.

Sumber

0 comments:

Post a Comment