Wednesday 2 October 2013

AL FATIHAH.. Seorang Lagi Mangsa Keracunan Maut..

// // Leave a Comment
SEBAHAGIAN mangsa keracunan makanan yang dirawat di Hospital Yan semalam.

SUNGAI PETANI – Kes keracunan makanan yang menimpa tetamu sebuah majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu terus meragut nyawa apabila seorang lagi disahkan maut menjadikan jumlah korban setakat ini meningkat kepada empat orang.

Wan Razali Yaakob, 56, disahkan meninggal dunia pada pukul 7.15 malam tadi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini. Mangsa dimasukkan ke situ sejak pagi kelmarin.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr. Ismail Abu Taat berkata, warga emas yang berasal dari Kampung Banggol Belau, Merbok itu berada dalam keadaan kritikal sebelum menemui ajal.

“Ini menjadikan jumlah mereka yang maut akibat keracunan makanan meningkat kepada empat orang. Kajian mendapati ayam masak merah yang menjadi punca keracunan makanan dikesan dicemari oleh bakteria jenis salmonella – Kosmo Online

Sumber

0 comments:

Post a Comment