Sebelum Filem KL Gangster 2 telah disabotaj dengan diuploadkan ke laman Internet, pengarah filem itu Syamsul Yusof pernah meluahkan hasratnya ingin menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini sejurus sahaja filem itu selamat ditayangkan kepada umum.
Ibu kepada Syamsul, Datin Patimah Ismail turut mengakui bahawa Syamsul pernah memberitahu kepada suaminya Datuk Yusof Haslam tentang hasrat ingin berkahwin pada tahun ini dengan wanita pilihan hatinya.
“Dia (Syamsul) ada beritahu perkara ini melalui bapanya (Datuk Yusof Haslam) dan kami sudah tahu siapakah wanita pilihannya. Kami menerima calonnya itu dengan hati terbuka.“Dia menyatakan hasrat ingin berkahwin dalam tahun ini juga tapi belum beritahu tarikh yang tepat dan belum bawa wanita itu berjumpa kami,” kata ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail yang juga turut memberitahu masih belum berkesempatan untuk bertentang mata dengan bakal menantunya itu.
Namun, apabila ditanya adakah wanita itu pelakon Puteri Sarah seperti yang digosipkan sebelum ini, Datin Patimah enggan mengulas lanjut tentang siapakah gerangan gadis tersebut dan mahu perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Syamsul.
“Kami pun hanya diberitahu tentang hasratnya sahaja dan kami tidak pula tanya dia lebih-lebih. Keinginannya nak kahwin pun dah cukup buat kami gembira,” katanya sambil memberitahu belum ada sebarang persiapan yang dilakukan untuk majlis tersebut.
0 comments:
Post a Comment