Tanpa angin tanpa ribut, Murai Batu mendapat tahu, penyanyi lagu Ada Untukmu, Nubhan Ahamad bikin malu di kaunter pertanyaan sebuah syarikat telekomunikasi, baru-baru ini.
Dengarnya, Nubhan telah mengamuk tak tentu pasal sehingga membuat semua orang yang berada di kaunter pada hari tersebut tersentak. Maknanya ramai saksilah kan? Malah, Murai Batu diberitahu sewaktu Nubhan meninggikan suara itu ianya dikatakan berpunca dari seseorang. Siapakah orang itu?
Difahamkan, Nubhan telah naik berang disebabkan wanita cun disisinya yang didakwa sebagai kekasih Nubhan tidak dilayan dengan baik oleh pekerja di situ. Apa sekalipun, Murai Batu sebenarnya mendapat tahu gosip ini selepas orang yang bertugas di kaunter tersebut telah meninggalkan komen berani di fanpage Nubhan iaitu Ahmad Nubhan Ahamad.
Yang penting, petugas yang kena marah dengan Nubhan itu telah menggunakan nama Facebook Prisha Michael.
Berikut adalah komen dari Prisha:
“Shame on a popular singer like u who create a controversy in a telecomunicatuon company. Shame on your girlfriend who disrespect others and embarassed hersef and u in the public. What a shameless life by a singer and havoc been created by his so call partner which witness by everyone.”
Yang penting, Nubhan kena tolong jawab dan jelaskan dakwaan ini. Mungkin ia hanya salah faham saja. Murai Batu tak suka serkap jarang sebab ia sesuatu perkara yang terlarang.
MURAI BATU: Percaya sesuatu perkara dengan mendengar penerangan dari dua belah pihak saja.
Sumber : Murai Online
0 comments:
Post a Comment