Thursday 19 September 2013

SADIS!! Budak Lelaki Berumur 12 Tahun Mati Kerana Gigitan Semut..

// // Leave a Comment

Corpus Christi, Texas - Seorang budak lelaki berumur 12 tahun telah meninggal dunia selepas mengalami alergi yang teruk kepada gigitan semut ketika memanaskan badan semasa separuh kedua perlawanan "American Football" peringkat sekolah menengah.

Pegawai Perubatan mengesahkan bahawa Cameron Espinosa meninggal dunia hari pada hari Selasa selepas digigit beberapa kali oleh semut api. Lorette Williams, jurucakap Sekolah Daerah Corpus Christi, Texas berkata budak lelaki itu menggunakan botol air untuk mencuba membuang semut yang mengigitnya, tetapi dia akhirnya dia telah jatuh pengsan pada hari Rabu minggu lepas. Beliau telah dibawa ke hospital dan dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal dan akhirnya beliau meninggal dunia pada hari Selasa 17 Sept 2013. 

Perlawanan "American Football" peringkat Sekolah Menengah diteruskan semula selepas Cameron dibawa ke hospital, namun ianya dihentikan apabila dikhabarkan keadaan Cameron menjadi kritikal. 

Williams berkata budak lelkai tersebut tidak tahu bahawa dia alah kepada semut. Daerah itu juga tidak mempunyai rekod alahan kepada semut. - huffingtonpost.com

0 comments:

Post a Comment