Sunday, 1 September 2013

Lukisan didakwa hina Islam di Pameran Seni Lukis Publika - Solaris Sri Hartamas..

// // Leave a Comment

KUALA LUMPUR – Sebuah lukisan yang menyentuh sensitiviti umat Islam diturunkan serta-merta selepas beberapa pihak membuat laporan polis.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, lukisan bertajuk I is for Idiot itu telah dipamerkan di sebuah galeri pameran di ibu kota.

Katanya, penganjur pameran lukisan itu telah menurunkan gambar itu sebaik sahaja polis datang untuk membuat siasatan.

“Lakaran pada lukisan tersebut menunjukkan mesej penghinaan dengan menyebut I for Idiot seolah-olah menyatakan Islam untuk orang bodoh.

“Kes ini masih dalam siasatan polis dan tindakan kepada penganjur akan diambil berdasarkan hasil siasatan polis,” katanya selepas melancarkan Majlis Perasmian Sambutan 50 Tahun Muzium Negara di sini semalam.

Nazri berkata, tindakan penganjur boleh dipersoalkan kerana ia sepatutnya merujuk kepada Balai Seni Visual sebelum lukisan itu dibenarkan untuk pameran.

Salah satu lukisannya melakarkan mesej penghinaan dengan menyebut “I for Idiot”, seolah-olah menyatakan Islam itu untuk orang bodoh beserta dengan tulisan khat basmallah terbalik di bawahnya yang jelas menunjukkan unsur niat yang jahat oleh pelukis tersebut.


Lain-lain lukisan yang bersamaan dengan lukisan I is for idiot. Huruf J, K dan M dibuat “J for Jesus” dan “K for Krisna” seta "M is for Mother" jelas tiada sebarang unsur penghinaan di situ.



Pelukis Jawab Dakwaan Lukisan Hina Islam..

Sumber

0 comments:

Post a Comment