Seorang pegawai China yang menimbulkan kemarahan orang ramai selepas dia dirakam tersenyum di satu lokasi kemalangan maut dibicarakan kelmarin, menurut sebuah mahkamah.
Pegawai berkenaan, Yang Dacai turut digelar 'Abang Jam' kerana meminati jam tangan mewah.
Gelaran itu diberikan selepas imej dia memakai pelbagai jam tangan jenama mewah tersebar di internet.
Dacai mencetuskan kemarahan pengguna internet selepas dia dirakam tersenyum lebar semasa memeriksa bangkai bas dan lori tangki metanol yang terlibat dalam satu nahas jalan raya tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 36 nyawa melayang dalam nahas tersebut.
Bekas pengarah biro keselamatan pekerjaan di wilayah Shaanxi, utara China itu merupakan antara sebilangan pegawai kanan yang kecundang selepas menjadi topik perbualan dan dicemuh di internet.
Seorang pegawai China yang menimbulkan kemarahan orang ramai selepas dia dirakam tersenyum di satu lokasi kemalangan maut dibicarakan kelmarin, menurut sebuah mahkamah. |
Seorang pegawai mahkamah di Shaanxi memberitahu bahawa perbicaraan kes Dacai bermula dan berakhir kelmarin.
Perbicaraan itu susulan siasatan oleh suruhanjaya disiplin Parti Komunis yang mendapati Dacai bersalah kerana mempamerkan senyuman tidak wajar dan memecatnya daripada jawatan tersebut.
Dia juga dituduh memiliki hartanah bernilai 5.04 juta yuan (RM2.7 juta) daripada sumber yang mencurigakan di samping menerima rasuah berjumlah 250,000 yuan(RM135,151).
Dia tidak menyangkal semua dakwaan terhadapnya dengan mahkamah akan menjatuhkan hukuman pada satu tarikh lain.
GAMBAR yang disiarkan oleh agensi berita Xinhua menunjukkan Yang Dacai dibicarakan di sebuah mahkamah di Xi'an, dalam wilayah Shaanxi di barat laut China |
Sumber
0 comments:
Post a Comment