Wednesday, 4 September 2013

Gambar Kepala Terbang Berjaya Di rakam Di Kedah..

// // Leave a Comment

Penemuan objek menyerupai wajah manusia bersaiz sebiji buah kelapa yang berterbangan di ketinggian kira-kira 3 meter dicelah pokok di Banjaran Gunung Inas,disini jam 2.30 petang menjadi tanda tanya.

Ada dalam kalangan penduduk setempat menyatakan objek yang dirakamkan wartawan Sinar Harian itu mungkin amalan khurafat orang terdahulu bertujuan menjaga kawasan hutan sebelum diteroka.

Pengamal perubatan tradisional,Rosli Ahmad yang tinggal di Kampung Padang Tembak berkata,objek yang dirakamkan itu dipercayai tanglung atau lebih dikenali sebagai ilmu tanglung yang digunakan bagi tujuan kekebalan.

Menurutnya,ilmu itu adalah ilmu hitam yang suatu ketika dahulu dituntut terutama bagi golongan wanita.

“Bagi wanita bergungsi untuk mencantikkan diri mereka bagi lelaki ia mampu membuatkan mereka kebal dan kelihatan hebat”,katanya.

Ramli berkata,pengamal ilmu tanglung selalunya akan keluar pada waktu malam.Kepala pengamal ilmu ini akan terpisah dari badannya ketika keluar mencari makan.

“Pada waktu siang lembaga ini akan mencari katak sebagai makanan dalam hutan.Pada waktu malam ia akan merayau dan meninggalkan badannya ditempat lain.

“Pada waktu malam,lembaga ini akan terbang dan akar terjurai akan menghasilkan cahaya.Bagaimanapun lembaga ini tidak menggangu manusia.” katanya.

Ramli berkata,dia tidak menafikan kemunculan lembaga itu mungkin secara tidak sengaja kerana mereka mengetahui asal usul, memiliki keistimewaan dan perubatan tradisional Melayu mungkin dapat melihatnya.


“Bukan semua orang boleh melihat objek tanglung lebih lagi merakamkannya dalam kamera melainkan ia diseru bagi tujuan tertentu.

“Bagi mereka yang tidak mendalami ilmu kebatinan,tanglung boleh mengakibatkan mangsa menjadi demam dan berada dalam ketakutan,”katanya.

Menurutnya,ada dalam kalangan yang mendalami ilmu perubatan tradisional mampu bercakap dengan alam ghaib dan ada sesetengah makhluk jelmaan atau rasukan itu boleh mengenali mereka.

“Ilmu yang seharusnya diguna pakai ialah ilmu berlandaskan Al Quran dan minta pada ALLAH untuk memastikan segala kesulitan dan masalah dirungkaikan.

“Walaupun ilmu hitam mampu menampakkan seseorang itu hebat tetapi ia dilaknati ALLAH kerana pengamalnya bersubahat dengan jin dan syaitan.” katanya


Sumber

0 comments:

Post a Comment