SETIAP tahun, Britain menjadi tuan rumah kepada sekumpulan sukan yang pelik-pelik seperti bersnorkel di dalam paya gambut dan mengejar bola keju.
Di sebalik populariti sukan bola sepak dan ragbi, masih ramai rakyat Ratu Elizabeth II yang menggemari aktiviti seperti tembak kacang, pikul isteri dan melempar puding hitam.
Begitu juga pertandingan makan daun netel, membuat wajah hodoh, bergusti sebelah kaki dan mengutip cacing.
Britain yang baru sahaja menyaksikan perkahwinan gilang-gemilang Putera William dan Kate Middleton menganjurkan sekurang-kurangnya 20 acara sukan yang bersifat eksentrik tetapi berjaya meraih minat penggemarnya dari seluruh dunia.
Keju
Sesetengah sukan seperti pertandingan mengejar keju yang bergolek menuruni bukit di Gloucestershire, England sudah bermula sejak abad ke-13 lagi.
Lebih 4,000 penonton termasuk pelancong asing datang ke Bukit Coopers, bukit yang terkenal di daerah itu pada minggu terakhir bulan Mei setiap tahun.
Berpuluh-puluh lelaki dan wanita akan bergolek dan meluncur ke bawah bukit itu dalam usaha mengejar seketul keju seberat 3.6 kilogram yang dikenali sebagai Double Gloucester.
Acara bermula dengan peserta bersedia di atas bukit setinggi 300 meter itu dengan seorang pengacara majlis yang berpakaian serba putih serta kot dan tarbus.
Sebaik sahaja pengacara itu mengira sehingga tiga, keju itu akan dilontar ke bawah dan diikuti tubuh manusia berterbangan.
Ada yang menjunam kepala dahulu, berguling ke tepi dan pelbagai aksi lain semata-mata untuk mengejar keju itu.
Sumber
0 comments:
Post a Comment