Tuesday, 13 August 2013

Seorang Wanita di China Mengalami Kecederaan Mata Selepas iPhone 5 Miliknya Meletup..

// // Leave a Comment
Gambar iPhone 5 yang meletup milik wanita tersebut
Menurut laporan Da Lian Evening News yang kemudiannya dilaporkan pula oleh ZDNet, seorang wanita di China mengalami kecederaan pada matanya selepas iPhone 5 yang dipegangnya meletup.

Wanita tersebut dikatakan sedang bercakap lebih 40 minit dan skrin iPhone menjadi panas. Apabila skrin sudah panas, wanita tersebut cuba mematikan panggilan tetapi skrinnya sudah tidak berfungsi dan tidak mempunyai apa-apa respon. Skrin iPhone tersebut kemudiannya meletup dan serpihan kacanya terkena mata wanita tersebut.

Sebelum kejadian, wanita tersebut memberitahu iPhone miliknya terjatuh dan kacanya sedikit pecah pada bahagian sudut atas. Walaupun sudah terjatuh dan sedikit pecah, iPhone tersebut masih boleh digunakan walaupun respon pada skrinnya sudah berkurangan.
"Apabila beliau melihat iPhone miliknya kerana panas, Li berkata skrinnya sudah tidak berfungsi dan dia tidak boleh mematikan panggilan. Selepas beberapa kali mencuba, skrin tersebut meletup.

Li berkata matanya terasa sakit kerana terkena serpihan kaca. “Saya tidak boleh membuka mata saya.” katanya. Rakannya membawa Li ke hospital dan doktor mendapati matanya sangat merah dan ada kesan calar."
Seorang jurucakap Apple memberi respon kepada kejadian tersebut dengan mengatakan ianya perlu disiasat dengan teliti dan kebiasaannya tidak akan ditanggung oleh waranti.

Baru-baru ini, seorang wanita juga di China maut kerana terkena kejutan elektrik ketika menggunakan iPhone 4 miliknya yang sedang dicas. Setelah disiasat, wanita tersebut menggunakan pengecas tiruan ketika kejadian dan Apple mengeluarkan pesanan untuk menggunakan pengecas dan aksesori original.

Selepas kejadian tersebut, sebuah Samsung Galaxy S4 pula terbakar dan memusnahkan sebuah apartment.


Sumber

0 comments:

Post a Comment