Perasaan lelaki sama seperti wanita iaitu cepat tersentuh namun mereka malu untuk mengakuinya. Dikatakan setiap titisan air mata mereka memang ‘mahal’. Tapi kita akan rasa geli hati apabila mereka menangis untuk perkara yang kurang relevan. Maksudnya situasi yang tidak kena dengan status mereka sebagai lelaki. Contohnya ‘kantoi’ mengesat air mata apabila menonton filem Hindustan ataupun membaca novel yang pengakhiran mengecewakan.
Walaupun mereka berhati lembut, bukan maksudnya lelaki ini dalam golongan ‘lembut’. Cuma mereka tergolong dalam kelompok yang mudah terguris dan terasa hinggakan ada kes di mana rakan serumah tak ajak keluar makan malam boleh menyinggung perasaan si jejaka.
Setinggi mana pun ego seorang lelaki, dia akan tetap menangis, cuma cara mereka berbeza sama ada menangis di dalam hati atau diluahkan secara bersendirian. Dilahirkan sebagai lelaki memang banyak cabaran, tak terkecuali juga wanita. Tetapi dugaan si jejaka dikatakan lebih mencabar apatah lagi bergelar ketua keluarga.
Lelaki biasa menangis bila...
- Kehilangan orang yang disayangi kerana kematian. Lelaki jarang menunjukkan rasa lemahnya kerana mungkin bimbang sifat maskulin akan pudar.
- Apabila sesuatu hubungan terputus di tengah jalan. Siapa cakap lelaki tak ada perasaan apabila perempuan idamannya minta putus atau berubah hati. Hati tetap rasa tersentuh dan bagai direntap. Jalan mudah, menangis sambil berpura-pura tidur.
- Gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki. Lelaki yang bertanggungjawab akan merasa tercabar sekiranya dia gagal memberikan nafkah kepada isteri atau anaknya lalu diluahkan dengan linangan air mata.
- Bergaduh atau berselisih faham dengan isteri. Seorang lelaki mungkin akan mengalirkan air mata jika isteri bersikap tidak ambil peduli atau tidak tahu menahu mengenai keperluan ataupun tak ambil kisah perasaan mereka.
- Melihat anak atau isteri menderita sakit. Lelaki punya hati yang keras dan tak mudah dipecah tetapi bila diuji Tuhan dengan menimpakan penyakit berbahaya kepada orang yang disayangi termasuklah ahli keluarga.
- Terharu dan terlalu gembira sehingga mengalirkan air mata kesyukuran. Lelaki yang pernah menangis untuk hal seperti ini adalah lelaki yang berhati lembut dan sensitif.
- Gagal dalam pelajaran atau kerjaya juga boleh menyebabkan kaum lelaki berlinangan air mata.
Sumber
0 comments:
Post a Comment