Apa yang berlaku dalam kes ini mungkin di luar jangkauan pemikiran kita sebagai orang biasa yang tiada apa-apa pangkat atau jawatan.
Namun selagi ia dinamakan manusia, perkara sebegini tidak mustahil berlaku, malah telahpun terjadi!
Samada anda hendak percaya atau tidak, inilah yang berlaku sebenarnya – membabitkan seorang pegawai tinggi kerajaan – Penolong Pesuruhjaya Bahagian Tatatertib, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Putrajaya.
Bertindak atas laporan seorang penjaga kerbau pada jam 11.30 malam, 2 Ogos lalu, polis berjaya menahan 4 lelaki iaitu pegawai terbabit yang berusia 36 tahun dan 3 lagi rakannya.
Apakah yang dilakukan oleh mereka?
Sehari sebelumnya, kumpulan ini berkhemah di sebuah ladang kelapa sawit dengan aktiviti utama mereka ialah untuk menembak, menyembelih dan melapah kerbau yang berada di dalamnya.
Difahamkan, kumpulan ini pernah menembak kerbau di sini dan berjaya membawa keluar daging yang telah dilapah untuk kegunaan sekeluarga dan rakan-rakan.
Kali ini, mereka akhirnya tewas setelah terserempak dengan penjaga kerbau terbabit ketika sedang melapah seekor kerbau yang baru ditembak dan disembelih.
Sebelumnya 2 ekor kerbau ditembak, namun seekor darinya berjaya melepaskan diri, dan hanya seekor dapat dilapah dengan membuang kepalanya.
Pegawai terbabit dan 3 lagi rakannya yang bekerja sebagai pembantu kedai perabot dan mekanik kini ditahan reman bagi membantu siasatan.
Polis merampas daging yang telah dilapah dan dihantar ke Jabatan Veterinar untuk proses bedah siasat.
Selain itu , sepucuk pistol dan peluru milik pegawai terbabit, 3 laras senapang dan sejumlah peluru pelbagai saiz dan sebilah parang panjang dirampas.
Turut dirampas , sebuah kereta dan sebuah pacuan 4 roda yang digunakan dalam aktiviti ini.
Untuk rekod, motto SPRM ialah Amanah, Adil dan Tegas
Sumber
0 comments:
Post a Comment