Thursday, 15 August 2013

Medan Rabaah dan Medan Nahdah, Mesir kembali berdarah..

// // Leave a Comment


KAHERAH, 14 Ogos – Serangan pasukan tentera Mesir terhadap peserta perhimpunan pro Morsi di Medan Rabiatul Adawiyah dan Medan Nahdah telah menyebabkan ratusan kematian dan ribuan kecederaan dalam tempoh beberapa jam yang lalu.

Di laman sosial facebook dan twitter, pelbagai keadaan dan gambar yang menyedihkan telah dikongsi oleh jurnalis dan orang awam yang berada di tempat kejadian.

Dilaporkan ribuan orang diserang dengan gas beracun, ditembak dari jauh oleh penembak tepat dan khemah mereka dibakar.

Lebih menyedihkan apabila kanak-kanak dan wanita turut tidak terkecuali daripada diserang.

Kawasan halaman hospital yang terletak di tepi Masjid Rabiatul Adawiyah yang menempatkan pesakit yang cedera turut menjadi sasaran tentera.

Di Medan Nahdah, dilaporkan pihak tentera telah berjaya menyuraikan perhimpunan dengan cara membunuh dan menangkap para peserta perhimpunan.

Dalam perkembangan berkaitan, rakyat Mesir di beberapa buah bandar lain seperti Iskandariah, Asyut dan Damanhur telah berkumpul, menutup jalan-jalan utama dan mengepung pejabat kerajaan bandar sebagai bantahan terhadap serangan tentera itu.

Sebelum ini pihak tentera telah memberi amaran kepada penyokong Morsi untuk menghentikan perhimpunan.

Namun, majoriti rakyat menolak amaran tersebut melainkan hak rakyat dan Presiden Morsi dikembalikan semula.





Gas beracun dilepaskan kepada peserta perhimpunan.


Siaran langsung Al-Jazeera Mubasher menyiarkan penembak tepat (sniper) sedang menembak dari atas sebuah bangunan di Rabaah.

Al-Fatihah..


Sumber

0 comments:

Post a Comment