Dalam merayakan 85 tahun perkhidmatan, sebuah restoran di London menyajikan makanan yang unik. Semua menu yang disajikan merupakan makanan yang tinggi protein, kalsium, seng dan besi dan rendah lemak. Tapi jangan terkejut, kerana mungkin bagi sebahagian orang makanan ini cukup menjijikan.
Jangan anda bayangkan makanan barat yang segar atau barbeque rendah lemak. Kerana yang disajikan di restoran pop-up ini adalah makanan dari cenkerik, burger pedas rasa merpati, burger rasa cacing, belalang dan semut yang dicelup coklat disediakan secara percuma untuk sesiapa saja.
Menurut Nydailynews, idea ini berasal dari syarikat kawalan perosak antarabangsa yang ingin memperkenalkan makanan tersebut.
Sejumlah masyarakat percaya makanan tersebut sangat berkhasiat. Seperti budak 9 tahun dari Utara London , Stan Knight. Ia mengaku menyukai makan burger cacing kuning. Bahkan ia boleh makan 10 cacing sekaligus.
"Saya tidak tahu. Tapi saya suka. Makanan ini benar-benar enak. Saya hanya merasa ini seperti makanan normal," kata Stan sambil memperlihatkan mulutnya yang penuh cacing.
0 comments:
Post a Comment