Kali ni saya nak sharekan sedikit cerita & gambar lubang-lubang besar yang terdapat kat seluruh dunia ni, lubang-lubang ni sebenarnya ada yang terbentuk secara semula jadi & ada juga terbentuk disebabkab aktiviti perlombongan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri.
Mirny Diamond Mine, Siberia
Lombong Mirny merupakan lombong berlian terbuka yang terletak di Mirny, Timur Siberia, Rusia. Lombong ni mempunyai ke dalaman 525 meter & mempunyai diameter 1200 meter. Lubang ini merupakan lubang digali yang kedua terbesar di dunia selepas Lombong Lembah Bingham (Bingham Canyon Mine). Ruang udara di atas lombong berkenaan dijadikan sebagai zon larangan terbang untuk helikopter kerana dikatakan pernah terjadi beberapa insiden helikopter terhempas ke dalam lubang tersebut akibat daripada aliran udara ke bawah.
Great Blue Hole – Belize
Dikenali dengan nama Great Blue Hole, ia merupakan satu lubang benam besar (sinkhole) dalam air berhampiran pesisir Pantai Belize yang terbentuk secara semulajadi . Ia berada dekat dengan Pusat Terumbu Lighthouse yang merupakan satu kepulauan kecil terletak 70km dari tanah besar & Bandar Belize. Lubang ini berbentuk bulat mempunyai keratan rentas 300meter & berkedalaman 124m ke bawah laut. Ia dikatakan terbentuk secara berperingkat-peringkat yang telah berlaku sejak 153 000 tahun dahulu berdasarkan analisis yang dilakukan ke atas stalaktit yang ditemui di Great Blue Hole. Lubang yang dikatakan pada asalnya sebuah gua yang lebih tinggi daripada paras laut, akhirnya dilimpahi air disebabkan pencairan glaiser.
Darvaza Burning Gates, Turkmenistan
Dikenali juga dengan nama Pintu ke Neraka terletak di pekan kecil Darvaza yang berada ditengah-tengah padang pasir karakum di Turkmenistan. Kisah mengenai tempat itu sudah tersebar 40 tahun lalu apabila pakar geologi mula menggali & dalam proses itu mereka menemui ruang bawah tanah yang dipenuhi dengan gas . Namun selepas proses penemuan itu secara tiba-tiba berlakunya rutuhan tanah yang meninggalkan lubang seperti sekarang & bagi mengelakkan gas yang beracun terlepas ke udara, mereka telah bertindak untuk membakarnya dan sejak itulah ia tidak pernah terpadam. Tiada siapa tahu berapa tan gas yang dibakar sejak 40 tahun lalu tetapi kelihatannya ia mungkin tidak akan habis.
Kimberley Big Hole, South Africa
Kimberley Big Hole juga sama seperti Mirny Diamond Mine di Siberia, kedua-duanya juga merupakan lombong berlian.Lubang ini pada asalnya bermula sebagai sebuah bukit yang kini telah berubah wajah sebagai lubang yang besar dengan anggaran saiz 215meter & luas permukaan seluas 17 hektar dengan perimeter 1.6km. Cuma apa yang unik mengenai lombong ini ialah ianya diisytiharkan sebagai lubang buatan manusia yang digali dengan tangan yang terbesar di dunia. Sebenarnya semuanya bermula pada tahun 1886 apabila seorang lelaki bernama Erasmus Jacobs telah menemui satu batu yang berkilau ditepi sungai orange, kemudian batu itu dijual di London setelah ianya dinilai sebagai berlian 21.25 karat dengan harga £ 500. Kemudian apabila dua butir berlian lagi dijumpai di kawasan berkenaan, telah menyebabkan ramai pencari berlian datang ke kawasan berkenaan untuk melombong..
Sumber
0 comments:
Post a Comment