Haha!! tadi dah baca surat rasmi permohonan untuk berpoligami yang dikirm oleh si suami kepada si isteri.. So jom baca surat jawapan yang dibuat oleh si Isteri..
Kepada:
Surat daripada pihak tuan adalah dirujuk. Dukacita dimaklumkan, saya menolak permohonan berkenaan dengan hujah-hujah berikut.
2. Oooo..patutla asyik dok nyanyi lagu 'Madu Tiga', rupa-rupanya 'nak penuhkan kuota' la ye? Berani nampak? Ni bukan kuota bumiputera yang wajib kena penuh!
3. Sapa perempuan tak sedar diri tu, dah tak ada lelaki lain ke dalam dunia ni?
4. Ni la perangai jantan, nak kahwin punya fasal semua duit simpanan dia sanggup habiskan. Dulu kata duit ASB tu untuk masa depan, rupanya untuk bini masa depan.
5. Abang kata untung dua-dua pihak? Cantik muka abang...ingat niaga barang ke! Cuba cakap sapa yang akan untung? Abang ke, saya?
6. Mak hoi! Sedapnya mulut kata saya tong drum habis tu yang abang tu masa mandi kaki pun tak nampak, jalan baru lima langkah dah penat, badan pun dah macam kungfu panda ada hati nak kahwin lain konon.
7. Kongsi? Abang ingat ni kereta ke?
8. Apa syif-syif? Ni bukan kerja kilang la!
9. Cewah-cewah nak dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan konon, kalau abang berani balik la rumah, kita tengok sapa yang nak senyum sapa yang nak meraung.
10. Oleh itu, permohonan tuan ditolak dan untuk makluman tuan, pihak saya sudah menyediakan segala peralatan untuk 'peperangan', itu pun kalau tuan berani untuk pulang ke rumah.
Terima kasih,
Sedia 'berperang' demi mempertahankan rumahtangga
Yang ikhlas Menjawab,
Norihah binti Ali
"hanya melawak tiada kena mengena antara yang hidup dan yang mati" ^_^
Kepada yg belum baca surat permohonan boleh baca disini: Surat Permohonan Berpoligami
Sumber
0 comments:
Post a Comment