Wednesday, 14 August 2013

Fenomena Meteor Perseid Berjaya Dirakam..

// // Leave a Comment
Kecoh semalam mengenai ‘hujan meteor’ yang boleh dilihat bermula dalam jam 11.30 malam sehingga 6 pagi di laman sosial Facebook dan akhbar online dan ternyata ianya adalah benar apabila gambar Meteor Perseid berjaya dirakam.


(Kredit Gambar Facebook Adhadi Mohd)

KUALA LUMPUR: Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus tidak dapat dilihat dengan jelas berikutan hujan di kawasan utara dan tengah Semenanjung awal pagi Selasa.

Penolong Pegawai Sains Observatori Negara Langkawi, Karzaman Ahmad berkata, pihaknya hampa apabila hanya berjaya merakam empat kelibat meteor Perseid selama setengah jam bermula 1 pagi ini.

“Balai Cerap Langkawi, Kedah mula melakukan cerapan jam 12.30 tengah malam hingga 6 pagi ini dan hasilnya agak kurang memberangsangkan berikutan awan hujanyang menyelubungi kawasan utara tanah air,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Karzaman berkata, jangkaan awal untuk melihat dengan jelas pancuran meteor itu tersasar disebabkan hujan yang hanya berhenti jam 4 pagi.

Beliau berkata, fenomena pancuran meteor Perseid ini diramalkan dapat dilihat dengan jelas pada awal tengah malam di utara tanah air ini tetapi jangkaan itu meleset disebabkan hujan.

“Mengikut maklumat awal diterima setakat malam tadi, negeri di sebelah selatan semenanjung iaitu Johor dan Negeri Sembilan dikhabarkan dapat melihat sehingga 20 lintasan meteor Perseid berikutan awan hujan tidak melanda kawasan tersebut,” katanya.

Sementara itu, orang ramai di Melaka dan Kuala Selangor hampa apabila fenomena pancuran meteor Perseid tidak kelihatan berikutan hujan lebat sejak awal pagi Isnin.

Jurugambar sambilan, Mohd Hasif Naqib Abd Aziz, 23, berkata beliau dan keluarganya hampa apabila tidak dapat melihat hujan meteor Perseid itu di pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka malam Isnin.

“Saya bersama keluarga menunggu hampir sejam dan pulang hampa kerana sudah memasang peralatan kamera untuk merakam gambar fenomena meteor Perseid yang dikatakan jarang berlaku,” katanya.

Guru, Mohd Aizat Yahya, 26, berkata beliau bersama tiga rakannya pulang hampa setelah menunggu hampir tiga jam sejak 11 malam bagi melihat fenomena meteor Perseid itu di puncak Bukit Melawati, Kuala Selangor.

Sebelum ini Agensi Angkasa Negara melaporkan fenomena pancuran meteorPerseid terjadi apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debukomet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi yang dikatakan dapat dilihatdengan mata kasar. – BERNAMA.


Sumber

0 comments:

Post a Comment