Gambar Sekadar Hiasan |
Di China, empat orang dilaporkan telah dipenjarakan kerana menggali mayat-mayat untuk dijual sebagai pengantin wanita, dalam apa yang mereka namakan sebagai tradisi perkahwinanhantu, dimana lelaki tunggal yang meninggal dikubur bersama mayat seorang wanita sebagaijodohnya di akhirat.
Perkahwinan hantu sudah semakin jarang, tapi masih diamalkan oleh beberapa keluarga yang anak lelakinya meninggal dunia sebelum sempat berkahwin.
Biasanya pekara ini diluluskan antara kedua-dua keluarga dari yang meninggal, tapi XianEvening News melaporkan, kumpulan empat orang itu. mencuri beberapa mayat wanita, dan setelah memandikannya, mereka menipu data perubatan dari orang yang meninggal danmenjualnya dengan harga yang tinggi.
Mahkamah di Wilayah Shaanxi mengganjar keempat orang itu dengan hukuman penjara antara 28 hingga 32 bulan, dan berkata, mereka memanfaatkan "tradisi buruk" perkahwinan hantu di beberapa kawasan Shaanxi dan di Wilayah Shanxi yang bersebelahan.
Mahkamah, laporan itu mengatakan, keempat orang tadi mengaut keuntungan 240,000 yuan dari jualan 10 mayat. Semoga tidak ada lagi kejadian kes sama berlaku.
Sumber
0 comments:
Post a Comment