Saturday, 24 August 2013

Allahu Rabbi! Satu Soalan Ini Membuatkan Mufti Saudi Menangis..

// // Leave a Comment

Imbauan kisah Ramadan lepas.. Mufti Saudi menangis teresak-esak semasa bersiaran secara langsung dalam program TV apabila diajukan soalan dari rakyat Somalia:

“Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (Iftor)?”

Mufti berkenaan menangis kerana jiwanya tersentap dengan penderitaan yang dialami oleh rakyat Somalia sehinggakan tidak ada makanan untuk bersahur dan berbuka puasa.

Hati “mukmin” mana yang tidak tersentuh dengan soalan sedemikian.

Sedangkan kita bermewah-mewah dan berlazat-lazat dengan pelbagai juadah, di sana… nun di sana ada saudara kita umat islam yang menderita…

Ya Allah … ampunkan dosa kami dan kami memohon serta merayu kepadaMu berikanlah pertolongan Engkau kepada saudara-saudara kami di sana… – Kopi Lekat

Semasa Ramadhan lepas menjelangnya waktu berbuka adakalnya umat Islam di Malaysia sampai tidak tahu hendak makan apa.. Bukannya kerana tiada makanan sebaliknya makanan yg banyak terhidang sehingga sukar untuk membuat pilihan.. sebaliknya yang berlaku kepada umat Islam Somalia kerana tidak tahu hendak makan apa kerana kekurangan makanan ditempat mereka..

Kadang2 terasa pelik di hati ini kerana negara-negara Arab yg kaya raya kebih sibuk berlumba untuk membina menara sehingga mencecah langit.. lebih baik duit tersebut dihulurkan untuk membantu mereka...

0 comments:

Post a Comment