"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa." -Sabda Nabi Muhammad S.A.W-
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendaki-Nya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini. Cuma samada meraka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut ke hujung kaki mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
* Tanda ini rasanya lazat bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan hilang setelah kita sedar kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.
Tanda 40 hari sebelum mati:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah. Malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita. Antaranya ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
* Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka akan bingung seketika.
Tanda 7 hari sebelum mati:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka kita harus berpuasa selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan memudahkan urusan pemandian nanti. Mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh serta dapat dikesan jika melihat dari sisi.
Tanda 1 hari sebelum mati:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana in menandakan kita tidak akan sempat untu menemui waktu Asar keesokan hari.
Tanda akhir:
Kita akan merasa satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Tibalah masanya untuk malaikat maut menjemput kita kembali kepada Allah yang menhidupkan kita dan sekarang akan mematikan.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
WaAllahualam.
0 comments:
Post a Comment