Kaum wanita sering dijadikan sasaran penjenayah kerana dianggap lemah dan mudah untuk ditewaskan. Di sini kami senaraikan 10 tips keselamatan yang boleh dipraktikan oleh kaum wanita bagi mengelakkan anda menjadi mangsa jenayah.
1. Jika anda tinggal berseorangan, jangan sesekali menunjukkan lokasi kediaman anda kepada sesiapa pun kecuali keluarga atau teman rapat yang boleh dipercayai.
2. Jangan mudah percayakan seseorang atau sesiapa sahaja terutama apabila anda baru mengenalinya dalam tempoh yang singkat.
3. Beritahu keluarga nama dan nombor telefon teman-teman yang anda sering temui atau keluar bersama.
4. Maklumkan kepada keluarga anda tentang destinasi anda, masa dijangka tiba dan pulang dari urusan anda di luar rumah. Lebih baik berteman jika keluar pada waktu malam.
5. Segera kunci pintu sebaik sahaja memasuki kenderaan anda.
6. Berhati-hati dengan mana-mana individu yang ingin menghulurkan bantuan ketika berada dalam kecemasan seperti kemalangan atau kenderaan rosak. Hubungi orang yang dikenali untuk membantu anda.
7. Ketika memandu, anda dinasihatkan supaya meletakkan beg tangan di bahagian bawah kerusi pemandu dan jangan sesekali meletakkannya di tempat duduk penumpang.
8. Sekiranya anda mendapati terdapat tanda-tanda rumah anda diceroboh, segera hubungi pihak polis dan tinggalkan segera tempat itu untuk keselamatan.
9. Belajar seni pertahankan diri.
10. Simpan nombor kecemasan dan balai polis untuk kemudahan.
Pesanan daripada: FB Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

0 comments:
Post a Comment