Tuesday, 16 July 2013

Jenayah: Kanak-Kanak Di Dera Sehingga Berlubang Tengkorak..

// // Leave a Comment

Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun, Zhongbao dari Henan, China memberitahu pihak berkuasa bahawa dia kerapkali dipukul oleh ibu tirinya dengan menggunakan sudip kuali.


Ayah Zhongbao telah bercerai dengan ibu kandungnya ketika Zhongbao berusia 2 tahun dan kemudian bertemu dengan ibu tirinya di dalam laman sesawang. Dari kecil Zhongbao tinggal bersama dengan datuknya namun ketika dia berusia 4 tahun, Zhangbao berpindah untuk tinggal denganh ayah dan ibu tirinya.

Selepas 40 hari tinggal bersama-sama, Zhongbao mula didera dengan teruk sehingga koma dan dia hampir kehilangan nyawanya. Selepas kejadian itu, Ayah dan Ibu tirinya tidak membenarkan sebarang rawatan ataupun siasatan dilakukan keatas Zhongbao. Namun begitu Datuknya berkeras mahukan Zhangbao menjalani pembedahan di Zhengzhou University Number One Auxiliary Hospital.





Berdasarkan keterangan daripada Ibu-bapa Zhongbao, Anak mereka tergelincir dan terjatuh menyebabkan kepalanya terhentak dengan teruk.

Walaubagaimanapun, selepas pemeriksaan perubatan dijalankan, para doktor mengesyaki yang seseorang telah memukul kepala Zhongbao.

Kesan daripada keretakan pada tengkoraknya, dia akan menghadapi masalah seperti berjalan dan mungkin mempunyai kesan ke atas pertumbuhan pada masa akan datang.


Sumber

0 comments:

Post a Comment