Ikan Lamprei dewasa boleh mencapai tiga kaki panjang.
|
Ludington: Pekerja hidupan liar
akan menggunakan racun serangga di sungai berhampiran Tasik Michigan dalam
usaha untuk membunuh ‘ikan pontianak’ yang menghisap darah ikan lain.
Lamprei laut dewasa boleh mencapai
dua hingga tiga kaki menyerupai belut, tetapi bersikap seperti lintah.
Dengan mulut bulat seperti cakera
dan bergigi tajam, mereka melekap pada ikan lain dan menghisap darah dan cecair
lain dalam badan menyebabkan mangsa menjadi terlalu lemah.
Meskipun berasal dari Lautan
Atlantik, ia boleh hidup dalam air tawar dan berpindah ke tasik besar menerusi
terusan laluan kapal.
Menjelang lewat 1940-an,
penceroboh yang membiak dengan banyak itu menyebabkan ikan trout, ikan putih
dan spesies sukan serta komersial di seluruh tasik semakin berkurangan.
Usaha memerangi lamprei menelan
belanja lebih AS$400 juta (RM1.2 bilion) sepanjang lima dekad lalu.
Populasi ikan itu berkurangan 90
peratus sejak lewat 1950-an selepas penyelidik menemui cara membunuhnya tanpa
menjejaskan spesies lain.
Perkhidmatan Perikanan dan
Hidupan Liar Amerika Syarikat memerangi lamprei menggunakan rawatan racun
serangga mulai hari ini hingga Ahad depan di Sungai Mitchell Creek yang
mengalir ke Tasik Michigan.
“Larva lamprei laut itu di sungai
itu paling mudah diserang. Adalah mustahil kami mendapatkan lamprei dewasa di
tasik ,” kata Alez Gonzalez, pakar biologi perikanan yang berkhidmat di pejabat
Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Luar Amerika Syarikat di Ludington.
Menurutnya, rawatan itu 95 hingga
99 peratus berkesan dalam membunuh parasit pada peringkat ini, kata Gonzalez.
Lamprei laut biasanya digelar
‘ikan pontianak’ kerana ia menghisap darah ikan lain. - Daily Mail
0 comments:
Post a Comment