Bayangkan anda sudah hidup berpuluh tahun sebagai seorang lelaki (ataupun perempuan), kemudian apabila sudah menjangkau lanjut usia, baru anda sedar sebenarnya identiti anda selama ini adalah sebagai seseorang yang mempunyai jantina berlainan. Apa yang anda rasa, krisis indentiti? Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki di Hong Kong ini.
Kes yang digambarkan sebagai antara diagnosis paling menggemparkan dalam sejarah perubatan ini terjadi kepada seorang lelaki berusia 66 tahun yang lahir di Vietnam apabila beliau menjalani pemeriksaan doktor di Hong Kong. Mengikut laporan Hong Kong Medical Journal, punca pesakit tersebut mendapat penyakit ini adalah disebabkan oleh dua penyakit genetik yang jarang berlaku iaitu salah satunya adalah Turner Syndrome, yang menyebabkan kemandulan.
Satu lagi penyakit adalah congenital adrenal hyperplasia, yang menyebabkan paras hormon lelaki yang sangat tinggi, mengakibatkan penampakan ciri-ciri lelaki pada seorang wanita seperti tumbuh janggut dan ketumbuhan zakar yang kecil ataupun digelar 'micropenis'. Pesakit tersebut yang hanya berketinggian 1.37 meter, mungkin tidak menyedari dirinya adalah seorang wanita jika tidak kerana pemeriksaan doktor tersebut.
0 comments:
Post a Comment